Latar Belakang

Masjid Al-Hidayah KJ

Masjid Al-Hidayah (MAH) merupakan masjid terawal yang didirikan di Kelana Jaya. Solat pertama didirikan pada Hari Raya Aidil Adha tahun 1983. Sebelum itu solat fardhu berjemaah dilakukan di surau-surau sementara dengan menyewa rumah kosong.

Walaupun telah ada penempatan penduduk di Taman Universiti dan Taman Sentosa sejak akhir 60-an namun tiada usaha dibuat untuk mewujudkan Musalla (surau). Usaha bermula apabila apabila PKNS dan SPPK membangunkan lading seaport sebagai taman perumahan pada awal tahun 1970. Surau awal dibuat melalui rumah yang disewa penduduk di jalan SS 3/25. Kemudian berpindah rumah di jalan SS 3/36 dan akhirnya berpindah ke rumah jalan SS 3/80.

Jika ingin bersolat Jumaat penduduk akan bersolat di masjid-masjid sekitar yang sudah wujud iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Seksyen 3 Petaling Jaya, masjid Al Ridhuan di SS 9A Sungei Way ,Masjid Bulat Seksyen 14, dan Masjid Aminah Muhairi Taman Sea.

Masjid Asal yang didirikan adalah hasil wakaf orang ramai sebanyak RM 250,000. Ia adalah surau yang dibina berbentuk masjid kecil. Oleh sebab tiada masjid di kawasan ini, kerajaan membenarkan MAH mendirikan solat Jumaat , pada tahun 1983 juga pertambahan penduduk dan pekerja di kawasan bebas perdagangan memaksa MAH diperbesarkan dan rancangan membina masjid baru bermula 1996, diikuti dengan bangunan asarama pegawai-pegawai dan asrama untuk orang bujang dan ibu tunggal pada tahun 2002.

MAH dibangunkan dengan peruntukan kewangan RM 7.2 juta. Sumber keewangannya adalah meliputi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri RM5.7 juta ditambah pula sumbangan dari RM1.5 juta yang diusahakan oleh ahli-ahli qariah yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan kerajaan.

MAH sejak didirikan memang terkenal dengan kuliah-kuliah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang berwibawa. Pada Tahun 1999 apabila Selangor mencatat kemenangan wakil-wakil rakyat daripada parti pembangkang,MAH adalah diantara 10 buah masjid yang disenaraikan sebagai masjid bermasalah oleh kerajaan pada 30 Ogos 2003 melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). JAIS mengambil alih pengurusan masjid dan serahkan kembali pada qariah pada tahun 2010.

MAH kini telah berkembang tetapi dengan polisi kerajaan negeri Selangor kini yang mengamalkan sikap terbuka untuk masjid-masjid bergerak berperanan membolehkan umat islam kini banyak pilihan untuk bergerak dari masjid ke masjid. Di kelana Jaya sahaja terdapat 5 buah masjid dan surau yang mendirikan solat jumaat. Walaupun kemeriahan di MAH tidaklah seperti dahulu kerana MAH satu-satunya masjid besar di Kelana Jaya tetapi Masjid Al Hidayah tetap mendapat tempat hati penduduk sekitar. Ini kerana banyak program-program yang dijalankan dan mempunyai imam-imam bertaraf Qari di peringkat Kebangsaan dan Negeri.

Jom support masjid!

Derma secara online je..

Setiap sumbangan akan diberikan 100% kepada pihak masjid
Scroll to Top